Selasa, 1 Mac 2016

SELAMAT DATANG KE HOMESTAY KG.SERI SERBANG BONGAWAN

Selamat datang ke Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan.
 
Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan terletak dalam kawasan Daerah Papar dan dekat dengan bandar Kota Kinabalu. Perjalanan menuju ke Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan dari Kota Kinabalu sejauh 80 km dengan masa lebih kurang 1 ½ jam melalui pemanduan menggunakan lebuh raya. Suku kaum yang terdapat di Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan ini terdiri dari suku Brunai, Kadazan dan Jawa. Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan adalah kawasan yang mempunyai bilangan penduduk masyarakat Islam yang ramai. Mengamalkan kebudayaan suku Brunai dengan memperkenalkan adat istiadat tradisional terdahaulu. Memperkenalkan dengan lebih dekat dengan kebudayaan suku Brunai melalui muzik, pakaian, makanan dan tempat tinggal serta budaya ramah mesra yang diamalkan selama ini. Disamping itu juga terdapat kawasan Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan mempunyai kampung rangkaian yang dikenalpasti sebagai kawasan rekreasi dan kawasan tarikan pelancong. Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan telah beroperasi dan dirasmikan pada 28 Mac 2015 dan sah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Homestay Kg.Seri Serbang Bongawan menyediakan pakej 3H2M dan ulang alik dengan pelbagai aktiviti-aktiviti pilihan yang disediakan bagi kepuasan para pelancong dari dalam dan luar Negara. Di antara aktiviti-aktiviti yang tersenarai dan telah didaftarkan kepada Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia ialah seperti berikut:-
 
1.  AKTIVITI SUNGAI
   a).  Melihat Bayau (Probocsis Monkey)/Monyet Ekor Panjang(Macaca Fascicularis)
   b).  Melihat Kelip-Kelip (Fire fly)
   c).  Menangkap Ketam 
   d).  Mencari Kerang (Lukan)
   e).  Memancing Udang Galah
   f).  Menaiki Perahu sepanjang sungai 
   g).  Melihat matahari terbenam
   h).  Menangkap ikan (memukat)
   i).  Merambat/Menjala
   j).  Memancing ikan
   k).  Berakit di sungai
   
2.  TEMPAT TARIKAN YANG BERDEKATAN DENGAN HOMESTAY
   a). Pulau Tiga 
   b). Sistem Tagal Kinasolodon Kimanis
   c). Hutan Paradise Kimanis
   d). Borneo Golf Bongawan
   e). Binsulok Resort
   f). Banjaran Crocker
   g). Pantai Kenanagan
   h). Air Terjun Sirung Sumandak
   i). Kawasan Hutan Paya Bakau Sinar Baru Kimanis

3.  AKTIVITI KEBUDAYAAN
   a).  Persembahan Gambus
   b).  Persembahan Tarian Suku Kaum Brunai
   c).  Persembahan Kulingtangan
   d).  Persembahan Seni Silat

4.  AKTIVITI MASAKAN TRADISIONAL
   a).  Memasak Ambuyat Cara Suku Brunai
   b).  Membuat Kuih Cincin, Kekara, Kepang, Baulu, Sapit, Cacap dan M.Kesirat
   c).  Memasak sayur tempatan (ulam-ulaman)
   d).  Membuat kuih lamban, kelupis,Wajid

5.  AKTIVITI KRAFTANGAN
   a).  Membuat Gambus
   b).  Membuat Parang
   c).  Kerja-kerja Kraftangan Simen
   
6.  AKTIVITI PERTANIAN
   a).  Menoreh Getah 
   b).  Menanam pokok buah-buahan
   c).  Penanaman Pokok Bakau, Pidada, Api-Api, dan Putat
 
7.  AKTIVITI PENTERNAKAN
   a).  Pemeliharaan Itik telur dan proses telur masin
   b).  Kolam Ikan
   c).   Kambing

8.  AKTIVITI PENGANGKUTAN 
   a).  Bermotosikal Keliling Kampung
   b).  Berbasikal 
   c).  Berperahu
   d).  Jet Ski
 




1 ulasan:

  1. Saya perlukan Penginapan Homestay untuk menhadiri Majlis Perkahwinan diDewan Baru, Bandar Bongawan pada Mac 2017. Sila majukan Jenis Penginapan & kadar sewanya. Juga Maklumat2 lain yang ada. Terima kasih.

    BalasPadam